Saturday, June 02, 2012

konvo

assalamualaikum.

pada tanggal 30.05.2012 yang lalu, dengan rasminya aku and the gang telah dianugerahkan segulung diploma (mana ada segulung, se-fail sebenarnya) setelah menamatkan pengajian pada bulan empat tahun lepas. setahun lebih je babe, maneeee adeee lameeee pun tungguuuuuu hari konvo. memang tak lama. sampai siap ada yang dah kawen and bertunang pun kes boring menunggu hari konvo punye pasal!


dan akibat terlalu lama menunggu hari konvo, kelihatan si tukang taip agak merangkak-rangkak untuk mengeluarkan ayat-ayat bernas di dada blog ini (kerana perasaan excited merajuk barangkali) lantas laju-laju si tukang taip berbisik pada encik gambar 'pleaseeee dear pictures, you do the talking for me ya? thank you!' ahaks!

a day before

hari raptai
sebenarnya bukan nak pergi raptai sangat pun. the very first thing sebab nak jumpa kawan-kawan je. semua muka excited bila dapat gathering semula. terutamanya cik akma tu. lepas habis diploma terus lenyap sunyi sepi di JB. 

thank god. kami dapat anugerah ketua jabatan. terharu sangat! berbaloi jugak usaha penat-lelah mencari mc nak ponteng kelas. eh? 

lepas raptai akma belanja all the kanak-kanak ribena ni tutti frutti. eleh setakat tutti frutti tu kan, ape la sangat pada cik kema kite ni kalau nak dibandingkan dengan Samsung SII yang hot meletop kebabom baru cik kema tuuuu. kan kawan-kawan? hikhik!

malamnya, cik noreen pulak belanja makan at Sara Thai Tomyam. untung jugak jadi student ni, semua kawan-kawan belanja. thanks girls! but seriously the food was so tasty. boleh la kalau nak promote kat kengkawan. 

saya suka gambar ni sebab bila saya tengok gambar ni terubat sikit rindu saya pada cik akma yang entah bila lagi dapat jumpa. :'(

on the day

sebelum masuk dewan, nyempat jugak snap pic with my current roomate, cik azie ni. amboi, memasing bila dah jumpe geng kemain sibuk sampai nak sembang tu memang tak la. sempat hi hi bye bye je. kalau kat puncak alam nun, sampai ke subuh bergossip (tipu) eh pembetulan, sampai ke subuh study (lagi tipu).

lepas tamat majlis, keluar je dewan terus cari ummi abi to kiss and hug them. masa tu tuhan je la tau betapa gembiranya hati ni bila dapat bagi something to my parent. kira hutang-hutang sakit bersalin, menyusu, beli pampers (dari kecik sampai besor hahahahaha) and all those things sepanjang membesarkan seorang anak tu terbalas jugak akhirnya. kira langsai la ye? hikhik! i love both of you infinitely. terima kasih untuk segalanya. 

lepas keluar dewan, memasing busy layan parents. so sempat snap dengan ieka je. berlatar belakangkan gate pulak tu. nampak sangat jiwa tak berseni.

the only picture taken together. masa ni muka sorang-sorang dah selebet habis dah. make-up pun dah cair akibat beratur lama sangat time nak pulangkan jubah. tak kesah la, janji ada. boleh jugak tunjuk kat anak-anak nanti.
'ni la kawan-kawan mama masa diploma dulu. dalam ramai-ramai ni mama paling cantik kan?' 
'mama tipu. mane ade cantik. mama paling gemuk ade lah.'
p/s: harap-harap anak aku tak terlalu berterus-terang sebegitu.

mood bapak aku kemain baik hari tu. siap bawak aku p taman gelora amek gambar sekeping dua. nak frame besar-besar katanye, padahal cakap je la malas bawak p studio kannnnn! motif berdiri atas batu kononnye nak nampak tinggi. namun usaha gagal serta merta sebab pokok kat belakang lagi tinggi. atau mungkin juga kerana faktor kebapakbesaran jubah menyebabkan aku nampak lagi pendek. 

believe it or not, this is the most things i really want to have since i was little. selalu berangan nak satu nak-nak bila tengok my cousin's convocation pictures. harapkan mr.dee bagi time anniversary nan ado! and alhamdulillah, finally i get one! mula-mula bapak aku kata tak payah nak berbunga-bunga sangat, nanti layu jugak, membazir je. at that time aku dah rase sedih semacam sampai rasa nak beli sendiri je bagi kat diri sendiri. but the moment aku keluar dewan lepas tamat majlis, my sis came and gave this superb gift to me and said, 'nah, abi bagi' and i was like 'eh betul ke ni?' sambil tahan sebak. anyway, thank you abi. jasamu dikenang. eceh!


potpet: mesti lagi seronok kalau mr.dee dapat datang on that day. but he really can't make it. harap-harap time konvo degree nanti mr.dee dapat datang together with bunga satu lori. i should thanked him a lot sebab dia banyak bagi aku semangat untuk sampai ke tahap ni. ramai yang tak tahu tapi tu la realitinya. thank you sayang.

Saturday, May 12, 2012

housemates

assalamualaikum and happy saturday all! dah nama pun saturday, memang satu keajaiban la kalau aku nak bangun awal. tadi aku bangun almost noon. almost ye, sebab it was 11.59a.m at that time so it still can be considered as morning hikhik! bangun je terus pergi mandi. and then pergi basuh baju, i mean mesin tolong basuhkan. and lastly turun cafe pergi tapau makan tengahari. that is what we called typical student life. kan?


semalam aku keluar menjelajah bandar klang with my housemates for the first time. semua join the trip except kak siti because she had already fly back to sarawak for her convocation day. ohh tak sabarnye rase! ok sambung. sebenarnya the first thing nak beli tiket azie je. tapi bagi mengelakkan masa petang yang panjang dibazirkan di alam mimpi, maka mari nak, marilah kita beramai-ramai memeriahkan lagi rombongan mak jemah ke klang.


berikut adalah suasana di sebalik tabir rombongan mak jemah ke klang semalam. eleh, pergi klang je pun. ngape kecoh bebenor? eh mesti lah! dah name pun mak jemah kan. ratu gossip berita sensasi ohkeyy!


seperti biasa, perjalanan haruslah dimulakan di perhentian bas. tanpa bas, sunyi sepilah bandar klang tanpa kehadiran we olls.
oh ye, perkenalkan dari kiri: me, mira, zue, aten, azie, ain, aini
p/s: ehem, semua single tu. aku je terlebih hormon gatalisme. muda-muda dah ade boipreng kehkeh!

dah kalau namanya ahli club camwhore, haruslah kena ada lebih dari satu gambar di tempat yang sama. 

kan kan? 
ni baru gambar ketiga. ada lagi 7 tak upload.

dalam bas pon boleh!

another victims of camwhore virus. 
eh ni mangsa ke pembawa ni? 

setiap langkah perlukan style. ini style kami. dah memang macamni. bukan dibuat-buat. sebab ini adalah kebetulan. bukan dirancang sama sekali. walaupun nampak macam langkah kaki semua freeze serentak, tapi percayalah ini adalah kebetulan. hakhakhak!
p/s: tak payah nak style sangatlah, masuk giant je pun weii. dah macam emak-emak pulak lepak giant.

makan. 
kalau tak makan, masakan boleh berikan perhatian sepenuhnya ketika bershopping nanti kan? nak terkencing ke terberak ke, sila tahan. sebab yang paling penting adalah makan.
p/s: semua muka fokus gila time makan, kecuali adalah budak sorang tu. 

groceries time!
aku tolong tolak troli je sebab aku baru je shopping groceries dengan mr.dee last week. mi sedap pun tak bukak lagi. punya la busy study. sila percaya. kalau taknak percaya, kagum pun takpe.

bila time nak bayar, pandai je diorang masuk express lane. padahal troli kemain penuh ni. then of course la the cashier buat muka pelik sambil berkata, 'dik, kaunter ni untuk barang below 10 je'. dengan bersatu hati dan penuh sepakat mereka menjawab, BAYAR ASING-ASING KAK!!!

meet my ex-boyfriend. 
just so you know, i am much happier without you now. keras la kau sorang-sorang kat situ until when when muehehehehe!

cantik tak? bukan mende alah oren tu. tapi the tangan-tangan halus rajin basuh baju tu. 
sebenarnya mende alah oren tu is a free gift ain dapat bila beli biskut tiger. nampak macam senang. tapi bila dah ceraikan semua, hamekk kau. berejam nak cantum semula. tak caye try la.

betapa hijau dan damainye pemandangan. eh bukan background tu, yang underground tu. nampak? well, attitude orang kita.

tunggu bas lagi. ohh betapa penantian tu satu penyiksaan. semenjak aku duduk sini la aku start berjinak-jinak semula dengan bas after a long while of using my own car. baru aku tau the real feeling of being budak bustand. menunggu pun boleh jadi satu hobi. rasakan! bak kata noreen, dulu takde nye ko nak naik bas kan? pandang bas lalu pun tak sudi. ehh! em er emm err emmm erkk. ok foinee. eh amin, i think you should try this!

we had our dinner before went back. mekdi punya pasal, sanggup turun dekat simpang uitm, then jalan kaki redah hutan belukar lompat-lompat elak lecah bagai all the way to mekdi. pastu dah siap makan jalan semula ke simpang dengan harapan cepat-cepatlah bas lalu bertemankan kesamaran lampu jalan dan nyamuk-nyamuk kelaparan. tapi, hmmmpppp! the bas is the very yilek never bagi face to these muka kesian young ladies meletop kebabom. 
p/s: em sorry. i know bahasa melambangkan bangsa. but please believe that i am still malay and forever malay.

 the car with the very kind owner.
luckily this handsome car (sebenarnya nak cakap the owner hikhik) berhenti dan tumpangkan we olls. mak jemah berasa sangat teruja walaupun terpaksa berhimpit berlima di belakang. berlima dewasa ok, bukan berlima kanak-kanak. please imagine how packed it was! siap ada beriba lagi. nasib baik semua slim melimm. terutamanya mak jemah ni. muehehehe! 

gambar memang sengaja dikaburkan bagi tidak mendedahkan identiti sebenar para penumpang. bukan sebab low quality of the camera ye (gigih gila cover line). di ketika ini mereka masih belum dapat menerima kenyataan yang mereka pulang menaiki kereta, bukan dengan berjalan kaki. nasib baik jugak ain dengan zue tak ikut pergi makan. kalau tak, memang taklah abang tadi tu nak tumpangkan kitorang. alangkan berlima pun habis tahan nafas kempiskan perut, kalau bertujuh? fikir-fikirkan.


ok, nak bersiap-siap tunggu si papa neo datang amek. mr.dee kerja shif petang harini so he can't make it but still dia hantarkan wakil to fetch his beautiful slim princess here. ahahahahaha gelinye bace! 
kbai.


potpet: happy nurses day to all nurses in the world. especially to my beloved Cty Mary. ingat sikit, tanpa nurse berkicap la dokter. tau berkicap? tak tau p google sane!

Wednesday, May 09, 2012

sincerely me

Dear my new friends,
Just so you know that I am very lucky to have you guys here by sharing the precious moment altogether, learn new things and help me a lot in a way to cope with these new environment. Lets compete towards success. Happy studying and all the best!


Dear my current friends,
It such a wonderful moment ever to befriend with both of you. Thanks for always give support instead of sharing laugh and tears together. Sorry for any hurtful words I ever said inadvertently to both of you. I really didn't meant it at all. Just in time I can't even control my emotional which makes the things became worst, my bad. I hope that you guys will always be there for me no matter what. Much love.


Dear my old friends,
I must say this to all of you. I really didn't know what actually is going on between us. I have no idea with that but I realized we are not the old us anymore. There's a lot of changes happens lately. I tried hard not to care at all just to pleased myself, unfortunately my heart keep denying everytime
remembering our old precious moments we spent together last time. No matter what, I am still here, waiting for all of you, to catch you if you fall. I don't know why I care so much when I shouldn't care at all. I must admit that I really missed the old us, crazily. I praying hard that someday everything will gonna be fine and back to normal.


Dear my forever friends,
Thanks for always remembering me in whatever things you do. Thank God for sending me these awesome people that are really made my day. I always believe that distance does not ruin our friendship as well. We don't have to meet everyday if anything makes it stronger. You guys are much appreciated. Heart you deep deep! Happy working guys! See you in convocation day soon! Can't wait!


Dear my one and only boyfriend,
There's nothing much to say, just for you to know that my love for you is really an unforgettable journey.  Starting at forever, and ending at never. Don't tell me you love me unless you really do. You should know by now, love is more than just 3 words mumbled before bedtime. But I do, and really do, I do love you.


Sincerely me,
the brokenhearted, the forgotten friend, the pretty messy girl, the one that got away.


p/s: sorry for any silly grammar mistakes. i am still learning.




potpet:  It is not that necessary for you to have a bestfriend, because there's only your own mother who will always be your bestfriend forever - Prof. Halim.

Saturday, April 07, 2012

UiTM di hatiku

assalamualaikum. title tak boleh blah kan? haruslah! title tu always memainkan peranan in gaining more viewers. contohnya, ada new entry titled payudara siti nurhaliza diraba pastu confirm berlumba orang klik the link. at last, gambar siti dukung beruk yang keluar. motif title sebab tangan beruk tu dekat dengan breast siti. pastu muka bengang terus close tab, kan? padan muka korang. beruk jugak yang untung. jangan nak geleng-geleng sangat sambil tangan tu tengah laju je nak pergi google the title.


eh eh macamana aku tau ni? sebab mr.dee yang cerita kat aku!


anyway cerita hari ni tak ada kena mengena langsung dengan beruk mahupun siti. hari ni nak cerita tentang camwhore habit yang memang tak dapat dipisahkan dari most of us nowadays. eleh macam tak biasa amek gambar dalam jamban. so here are all the pictures taken during our photography session few weeks ago. memang best gila sebab abang photographer tu sangat sporting dalam mempertahankan kesabaran melayan kerenah kami semua. gambar cantik pulak tu.


p/s: click on the picture for clearer view.


dulu DSK4B, now OMB11B. forever B!
forever Best, forever Bestesesesesess!
ini kalau Madam Mastura baca tahap kerapuhan grammar student dia ni, confirm kena repeat BEL next sem! dah la ponteng kelas dia pulak tu semalam, ish ish ish. 

consist of 9 gentlemen and 18 ladies.
kenapa lelaki tak ramai ye? sebab kaum korang kan makin pupus, kan kan?
so baik korang berbaik dengan kaum kami yang majority ni sebelum kami mempupuskan lagi kaum you all muahahahaha!

macam-macam ada! angrybird ada, doraemon ada, cowboy celop ada, allycats ada, Justin Baba ada, Aaron Azizi ada, apaaa? Justin Baba? Aaron Azizi? ini serius. korang kena percaya ni whahaha!

3,2,1 cakar rimauuu!

bebaskan diri, tingkatkan prestasi. 3,2,1 shoot!

 last but not least,
3,2,1 terkam kamera! kata abang photographer.


ok dah habis.
tak boleh banyak-banyak, nanti korang jelly.
lagipun memang ni je pun yang ado, haha!
nak p mandi, kbai.


oh ya, credit to farah dan rafiq sebab membolehkan aku download all these pictures from korang punya pesbuk. mintak halal ye.


potpet: kejap lagi mr.dee nak ajak p tengok movie tiga temujanji. siapa nak ikut sila pergi mandi sekarang. tak terasa tak terasa.

Tuesday, March 27, 2012

tolonglah berubah wahai kawan

assalamualaikum. selamat makan malam semua. cakap pasal makan malam tetiba rindu pulak masakan big madam. macam nak suruh balik je ni. okay lari topik. lets proceed.


malam ni aku ada something nak share. its all about the so-called FRIEND. aku rasa nowadays title kawan tu dah tak sekuat the real meaning itself. banyak sangat cerita kawan makan hang, kawan main kayu tiga dengan boipren hang, kawan baik depan busuk kat belakang hang and so on. macam tu layak ke orang panggil kau kawan?


baru-baru ni aku dapat tahu ada one of my friend gunakan nama aku to cover up her mistakes. aku yang daripada asalnya tak ada kena mengena langsung dalam cerita ni tetiba jadi watak utama. for what reasons pun aku tak paham. why don't you just admit what you have done and make the thing comes clearly? kenapa perlu nak pointing to others just to make people believe that, hey! i'm not that bad lah! its not my fault at all!


berbaloi ke?


come on girl, tak kena bayar pun kalau mengaku salah. otherwise, orang akan kasi double respect lagi kat kau. sampai bila nak orang pandang kita baik sedangkan baik tu cuma topeng dunia semata-mata? kenapa perlu nak putar belitkan cerita sekaligus kau libatkan orang yang tak tau apa? apa kau dapat? 


seriously, aku kecewa dengan kau. tapi it doesn't matter la sebab we are not that close. you just imagine how if you do this to your beloved ones? boyfriend kau? bestfriend kau? parent? sibling? percayalah, they will be extremely frustrated on you. 


sorry for those yang terasa. aku pilih untuk berdiam sebab aku nak jaga this few relationship. aku taknak la sebab perkara boleh settle macamni kita sampai bermasam muka, kan? don't worry, until now on aku tetap anggap kau sama macam kawan aku yang dulu. bukan sehari dua kita berkawan. there's no changes, but you are the one who should be changed. aku tak harap kau datang mintak maaf kat aku pun, but at least tolonglah jangan buat macamni lagi kat kawan-kawan kau yang lain. kesian sama mereka. okay? fikir-fikirkan.


btw guys, do you know what is actually the real meaning of the word FRIEND itself? let me share with you.


F- few
R- relationship
I-  in
E- earth
N-never
D-die


no matter what, from my deepest sincere heart, aku maafkan kamu.


kawan lama tapi kawan baru. eh camane tu? hihi!
(-,-)


potpet:  kejujuran itu realiti, ia takkan boleh dibeli, terpulang atas diri sendiri. cuma perlu berhati-hati pada mata-mata yang memerhati. 

Friday, March 16, 2012

quick update

assalamualaikum.


dikala ketika waktu dan saat ini aku adalah di dalam lab kononnya. inilah hasilnya jika teknologi terlalu canggih. pesen bagi task through portal. mulut tak berbunyi tangan je bergerak depan pc masing-masing. jadi senyap satu kelas. kalau macamtu bukankah lagi afdhal kalau kita-kita ber-task dan ber-assignment di kolej sahaja? sementara puan di bilik pensyarah menunggu submitton. kahkahh! sebab kalau di lab inilah jadinya. puan bagi task stok sepuluh minit punya kerja je sebenarnya tapi nak tunggu sumbit sorang-sorang alahai (tak terasa) dekat setengah jam. jangan tanya kenapa tetapi ofcos bukan sebab update blog. hakhakk!


so far my life went well here. tambah pulak roomate pun adalah my ex-classmate masa di poli dulu. juga merangkap my current housemate and classmate too. keciknye dunia tapi puncak alam memang tinggi! at first aku punyalah gigih menanam azam masuk sini demi masa depan yang gemilang taaaaaaaapi selepas melihat tangganya yang lagi extreme daripada tangga batu caves aku lantas meng-add resolution kedua iaitu BOLEH KURUS NI BOLEEEEEEHHHH KURUSSSSS NIIIII CONFIRM!!!


okay. jangan cakap aje pungpang ye mak jemah. we'll see!


meet my housemate-roomate-classmate, Cik Azie


oklah. kelas dismissed. till then (tak tau la bila pulak kan). take care all. bye!


potpet: dah nama pun puncak, nak tunggu dapat wifi memang bertuah la kan. so marilah kita gunakan masa di lab dengan seafdhalnya. kehkeh!


Sunday, March 11, 2012

triple four

assalamualaikum and happy sunday.

Distance does not ruin people's relationship. You don't have to see someone everyday to be in love. If anything makes it stronger.


its proven!
happy 4years4months4days to my mr.dee sayang.


dear my one and only mr.dee,
whenever we are, i just hope that we can put the 'us' in 'trust'


potpet: puas aku hint mr.dee semalam. boleh dia cakap, hari ni 11hb, so takde apa yang special kot. dasar lelaki. dah la semakin pupus, tak berperasaan pulak tu. cettt!

Sunday, February 26, 2012

terima kasih UiTM

assalamualaikum. tahukah anda betapa ohhsemm-nye bekerja pada hari ahad? lebih menyedihkan bila bangla pun reti cuti hari ahad. lantas aku merasakan begitu dianaktirikan di negara sendiri. ok cukup sepatah berpatah kata sebagai mukaddimah.


tahukah anda betapa terasa dunia ini kita yang punya bila sesuatu yang kau rasa kau takkan ada harapan nak dapat but at last it comes to you like a love song? and i keep hitting repepepepepepeat!


sudahlah peah, sudahlah bermadah helah tu. okay la, sebenarnya em sebenarnyaaaaa emmm baca lah sendiri wehee!



alhamdulillah!
(-,-)
p/s: ehem, ayat last tu kasau nau bunyinye!


before proceed, just to remind all of my dearest readers entry kali ni agak panjang sebabnya ini sepuluh bulan punya stok luahan hati ye. hakhak!


it has been almost a year since aku habis diploma bulan empat tahun lepas. starting from that aku start apply for degree. bermula dengan UPU, tapi failed. tak putus asa lagi, aku try buat rayuan UPU, tetap tak ada rezeki. lepas tu beli no pin untuk UiTM yang result dia keluar on 2 Feb 2012 baru-baru ni, bad respond jugak. lastly, aku buat rayuan UiTM and checked the result on 21 Feb dengan hati yang kosong sebab dah tau dah mesti tak dapat kan, and the result is still not on my side.


setahun punya effort kan, siapa tak give up? lepas tu aku dah start rasa tak ada mood. totally give up. sampai bergaduh jugak lah dengan makpak aku. aku cakap aku nak kerja permanent since bos aku dah offer dari tahun lepas lagi. lepas tu konon-konon nak buat PJJ dekat Open University (lah sangat padahal kampus dekat kuantan jugak) tapi dibangkang keras oleh bapak aku. dia cakap umur macam aku tak boleh nak handle dua komitmen dalam satu masa. dia suruh aku apply next intake. korang tau bila next intake tu? bulan september nanti. aku syak masa tu mood study aku dah berlari-lari awan nano dah, kosong!


lepas gaduh-gaduh dengan makpak aku pun buat keputusan berani mati. aku cakap kalau bulan september ni tak dapat jugak sambung degree makanya i'll make my on way. aku nak cari kerja, aku dah malas sambung study and no one can stop me by the time. muka big madam sedih je bila tengok lovely daughter dia (puii) buat keputusan macam tu. tapi niat hati sebenarnya nak saiko depa je p hantar aku masuk swasta senang habis cerita whahaha!


ceritanya tadi aku dengan rajinnya mengusha blog-blog member aku lalu tersinggah di blog cik azie. bila aku baca dia dapat uitm terus aku macam eh, kenapa aku tak dapat? dasar pendengki kahkah! terus aku bukak web uitm and double check and alhamdulillah, ada rezeki. paling best sebab aku dapat kos yang relate dengan diploma pulak tu sukenyewwww! oh ya, congrats to you too my classmate, cik azie. jumpa kat sana okay? wehee!


mr.dee tak tau lagi ni sebab dia pun tengah kerja. mesti dia orang paling happy. happy sebab apa? sebab hanya dia yang tahu betapa peritnya aku lalui saat-saat derita nak sambung degree ni. hanya dia yang sudi tadah telinga dengar aku bebel kat phone menangis-nangis everytime lepas keluar result. hanya dia yang sudi relakan jacket baru dia dilimpahi hingus-hingus berpekatan tinggi aku bila menangis luah perasaan apa semua. (menangis lagi? dasar budak cengeng mengada-ngada taik kuda) dan hanya dia yang mampu bertahan duduk berjauhan dengan aku for almost five years dan setia sampai ke saat ini. eh aku pulak yang sebak menaip ni ape cite? eh silap. ape celop? wehee!


last but not least, thanks to all friends who inspire me all this while. you are much appreciated guys. thanks again. peluk korang ketat-ketat!


muka budak kena kerja hari ahad tetapi tetap gembira sebab dapat UiTM. tetiba rasa nak balik rumah lah! whahaha!
p/s: itu baju mr.dee bukan nama sebenar.


potpet: sory la my dearest girlfriends noreen, aida and ieka. aku tak dapat nak update lagi pasal bbq semalam sebab ada yang lagi penting. ini soal masa depan der! wakaka! 

Related Posts with Thumbnails